Ayat Kursi

posted under by $#@|)Z
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan kemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan
dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua…..

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah SWT sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad SAW.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.

Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekatpencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

From mailbox...

posted under by $#@|)Z
Assalamualaikum ....


Hanya Ingin Mengingatkan....


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.



(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:

1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda.

ATAU ...

2) Forward e-mel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah, redha
Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.



Wassalam.

Ringkasan Tanbihul Ghafilin --> Bab 6: Sifat Syurga dan Penduduknya.

posted under by $#@|)Z

Abu Hurairah r.a bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, dari apakah dibuat syurga itu?” Maka jawab Baginda: “Dari air.” Kami (Sahabat Rasulullah) berkata: “Beritakan tentang bangunan syurga.” Maka jawab Baginda: “Satu bata dari emas, dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’afaran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun dan mendapati masih tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naugan yang memanjang terus). Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar telinga, bahkan tidak pernah terlisntas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Fala ta’lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a’yunin jazza’an bima kamu ya’malun (Maka tidak seseorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang dapat memuaskan hari sebagai hari pembalasan apa yang telah mereka lakukan). Dan tempat pecut di syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat: Faman zuhzila aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung).”


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkan telah memberatkan timbangan amal kami, dan memutihkan wajah kami, dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarka kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya. Demi Allah yang jiwaku ada ditangannya, belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah.”


Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Allah menyuruh Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada setiap teguk, dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu, dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka: Kami minta redhaMu, kami minta redhaMu, dua atau tiga kali. Dijawab Allah: Aku redha kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya, dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat yang lebih besar daripada melihat dzat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka, di atas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isteri mereka, terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.


Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Rombongan pertama yang akan masuk syurga dari ummatku bagaikan bulan purnama, kemudian berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing da buang air, tidak berludah dan tidak berhingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gaharu yang harum, dan peluh mereka kasturi, dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s iaitu enam puluh hasta.”


Ibn Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali di kepala, alis dan di kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s, enam puluh hasta, usianya bagaika nabi Isa, 33 tahun. Putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil, dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

Dan tiap orang wali mendapat tujuk puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu). Kedua: Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah syurga dengan selamat dan aman). Ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta’malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu). Keempat: Rufi’at ankumul ahzanu wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita). Kelima: Albasakul alhuli wal hulal (Kami memberimu pakaian dan perhiasan). Keenam: Zawwa jakum il hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari). Ketujuh: Walakum fihamatasy tahilil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha khalidun (Untukmu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu). Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wasiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin). Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya). Kesepuluh: Sakantum fiha khalidun (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya).”


Abul-Laits berkata:

“Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam: 1. Menahan nafsu dari maksiat, kerana Allah berfirman: “Dan menahan nafsu dari maksiat, maka syurgalah tempatnya.” 2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: “Harga syurga ialah tidak rakus pada dunia.” 3. Rajin beramal kerana berkemungkinan amal kebaikan tersebut dapat menyebabkan pengampunan dan kemasukan ke syurga, firman Allah SWT: “Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.” 4. Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul dengan mereka kerana mereka diharapkan syafa’atnya sebagaimanu dalam hadis: “Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafa’atnya pada hari kiamat.” 5. Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dalam husnul khotimah.


Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda:

“Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah, masukkan dia ke syurga, dan siapa yang berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah, hindarkanlah dia dari neraka.”


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat, dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka, dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam macam pedang, berduri, sedang di kanan dan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga, maka ketika ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu syurga, dan merasa tidak ada tempatnya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan, tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika Aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan, tempatkanlah aku di situ. Dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika Aku berikan kepadamu tempat itu akan kau minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahwa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Saya sudah minta sehingga berasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah tempat terendah di syurga."

Abdullah bin Mas’ud berkata: “Nabi SAW jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.”


Dalam hadis: “Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika di dunia.”

Firman Allah:

“Inna ansya’nahunna insya’a, faja’alhunna abkara uruban atraba li ash habil yamin.”

Maksudnya: Kami cipta mereka baru, dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang golongan kanan*)”

(al-Waqi’ah: 35 - 38)

* golongan kanan - golongan yang menerima buku catatan amal mereka dengan tangan kanan.


Mutiara kata:

  • Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas, dan di syurga ada masa rehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah berehat di dunia, dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebih-lebihan di dunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia.
  • Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kegembiraan di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapatkan syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka. Padahal, kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu peratus dari kegembiraanmu, dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaranmu. (Abu Hazim)

Ringkasan Tanbihul Ghafilin --> Bab 5: Sifat Api Neraka dan Ahlinya.

posted under by $#@|)Z
Sabda Rasulullah SAW:
• “Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.”
• “Bahwa di dalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika ia menggigit maka rasa pedih bisanya akan tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga di dalam neraka ada kala sebesar keledai, jika ia menyengat maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun.”
________________________________________
Al-a’masy dari Yasid b. Wahab dari Ibn Mas’ud r.a berkata:
“Sesungguhnya apimu ini hanyalah sebahagian dari tujuh puluh bahagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali, nescaya kamu tidak dapat menggunakannya.”
________________________________________
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seringan-ringan seksa ahli neraka ialah seorang yang bersandal dari api neraka, dan sandal tersebut dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat seksanya dari semua ahli neraka, padahal, ia sangat ringan seksanya dari semua ahli neraka.”
________________________________________
Nasihat Qatadah:
“Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, ataukah kamu merasa akan kuat menghadapinya? Hai kaumku, taat kepada Allah itu jauh lebih ringan bagi kamu, kerana itu, taatilah. Sebab orang ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun, tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: Dahulu ketika kami didunia bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu sabar seribu tahun, dan tetap seksa mereka tidak diringankan, sehingga mereka berkata: Ajazi’na am sobarna malana min mahish (Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan seksa ini). Lalu mereka minta hujan selama seribu tahun kerana sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah berkata kepada Jibril: Apakah yang mereka minta? Jawab Jibril: Engkau lebih mengetahui ya Allah, mereka minta hujan, maka tampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar keldai, yang menggigit mereka dan terasa sakit pedih gigitan itu selama seribu tahun untuk diturunkan hujan, maka tampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka, dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah erti ayat: Zidnahum adzaba fauqal adzabi (Kami tambahkan kepada mereka seksa di atas seksa).
Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah, kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari seksa Alla, harus sabar sementara atas segala pederitaan dunia mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah, dan menahan syahwat hawa nafsu, sebab syurga itu memang diliputi dengan kesukaran-kesukaran, sedangkan neraka diliputi syahwat-syahwat.”
________________________________________
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanmu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk ke dalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali dilihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanmu, saya khuatir kalau-kalau tiada seorang pun masuk ke dalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan bagi ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanmu, tidak akan masuk ke dalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diluputi dengan kepuasan syahwat, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkata: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk ke dalamnya.
________________________________________
Yazid Arraqqasyi dari Anas b. Malik r.a berkata:
“Jibril datang kepada Rasulullah SAW pada saat yang tiada biasa ia datang, dalam keadaaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah SAW: Mengapa aku melihat kau berubah muka? Jawabnya: Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat di mana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk ia bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. Lalu Nabi Muhammad SAW bertanya: Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam! Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya baju ahli neraka itu digantung antara langit dengan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan busuknya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.
Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan-potongan api. Api neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian tertentu dari orang lelaki dengan perempuan. Nabi Muhammad SAW bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami? Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh kali lipat ganda, maka digiring ke sana musuh-musuh Allah sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan ke dalam mulut mereka hingga tembus ke dubur, dan diikat tangan kirinya ke lehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan ke dalam dada dan tembus ke bahunya, dan tiap manusia diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau maka ditanamkan ke dalamnya, kemudian Nabi Muhammad SAW bertanya: Siapakah penduduk masing-masing pintu? Jawabnya: Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga firaun sedang namanya alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama jahin, pintu ketiga tempat orang-orang shobi’in bernama saqar, pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama ladha, pintu kelima orang yahudi bernama huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristian (nashara) bernama sa’ier. Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah SAW hingga baginda bertanya: Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh? Jawabnya: Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat. Maka Nabi Muhammad SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala baginda di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar baginda bersabda: Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka? Jawabnya: Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak bicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah, dan pada hari yang ketiga datang Abu Bakar r.a ke rumah Nabi SAW mengucap: Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Nabi SAW, maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah SAW, dan ketika tidak mendapat jawapan maka iapun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi yang berdiri di muka pintu sambil mengucapkan: Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan junjungan Rasulullah SAW, dan ketika tidak mendapat jawapan, ia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai ke rumah Fatimah r.a dan dimuka pintunya ia mengucapkan: Assalamu’alaikum ya putri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk bersembahyang dan tidak berkata-kata kepada orang juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya, maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi memberi salam sambil berkata: Saya Fatimah, ya Rasulullah; sedang Rasulullah SAW bersujud sambil menangis, maka mengangkat kepalanya dan bertanya: Mengapakah kesayanganku? Bukakan pintu untuknya maka masuklah Fatimah dan ketika melihat Nabi SAW, menangislah ia kerana melihat Nabi SAW pucat sembab mukanya kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang menimpa padamu? Jawab baginda: Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka lalu menerangkan bahawa bahagian teratas daripadanya untuk ummatku yang membuat dosa besar maka itulah yang menyebabkan tangis dan dukacitaku. Fatimah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah cara masuknya? Jawab baginda: Digiring oleh malaikat ke neraka, muka tidak dihitamkan, juga tidak dibirukan mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka, dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelengggu atsau dirantai. Ditanya pula: Lalu bagaimana pula malaikat menuntun mereka? Jawabnya: Adapun lelaki ditarik janggutnya sedang yang wanita ditarik rambutnya, maka berapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret ke neraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian pula yang muda: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh, wahai alangkah maluku sehingga dibawa ke Malaikat Malik, dan ketika telah dilihat oleh malaikat Malik lalu ditanya: Siapakah orang itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan terseksa seperti orang-orang ini, muka mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mulutnya tidak tertutup juga tidak diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab malaikat: Demikianlah kami diperintah membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa. Lalu ditanya oleh Malik: Siapakah kamu wahai orang-orang yang celaka? Dalam lain riwayat: Ketika mereka digiring oleh malaikat, selalu memanggil: Ya Muhammad, tetapi setelah mereka melihat Malik, lupa mereka akan nama Muhammad SAW kerana hebatnya Malik lalu ditanya: Siapakah kamu? Jawab mereka: Kami ummat yang telah dituruni al-Quran, dan kami telah puasa bulan ramadhan. Lalu Malik berkata: al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Muhammad SAW, maka ketika itu mereka menjerit: Kami ummat Muhammad! Maka Malik bertanya: Tidakkah telah ada larangan dalam al-Quran dari maksiat terhadap Allah SWT? Dan ketika telah berada di tepi jahannam dan diserahkan kepada malaikat Zabaniah, mereka berkata: Hai Malik, izinkan saya menangis, maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis air mata, kemudian menangis dengan darah, sehingga berkata Malik: Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi di dunia kepada takut kepada Allah nescaya kamu tidak akan tersentuh api neraka pada hari ini, lalu Malik berkata kepada Zabaniah: Lemparkan mereka ke dalam nereka, dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: Laa illaha illallah, maka surutlah api nereka, Malik berkata: Hai api, sambarlah mereka! Jawab api: Bagaimana akan dapat menyambar mereka sedang mereka mengucapkan: Laa illaha illallah? Malik berkata: Ambillah mreka! Jawab api: Bagaimana akan dapat mengambil mereka sedang mereka mengucapkan: Laa illaha illallah? Malik berkata: Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy, maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai di tapak kaki, ada yang sampai d lutut, ada yang sampai tengah badan, ada yang sampai leher, maka telah sampai ke muka, Malik berkata: Jangan membakar muka mereka kerana mereka telah lama bersujud kepada Allah, juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan, maka tinggal dalam nereka beberapa lama sambil menyebut: Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan ya Mannan. Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah memanggil Jibril dan menanyakan: Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Muhammad SAW? Jawab Jibril: Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui. Lalu diperintah: Pergilah kau melihat keadaan mereka. Maka pergilah Jibril a.s kepada Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah jahannam. Dan ketika Malik melihat Jibril, ia segera bangun dan hormat dan berkata: Ya Jibril, mengapakah kau datang ke sini? Jawabnya: Bagaimana keadaan rombongan yang maksiat dari ummat Muhammad SAW? Jawab Malik: Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman. Jibril berkata: Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka., maka Malik menyuruh Zabaniah membuka tutup dan ketika mereka melihat Jibril, mereka mengerti bahawa ini bukan malaikat dari bahagian menyeksa, lalu mereka bertanya: Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu? Jawab Malik: Itu Jibril, biasa membawa wahyu kepada Muhammad SAW. Dan ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad SAW maka mereka serentak menjerit: Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad SAW dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya, dan beritakan kepadanya keadaan kami. Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah, lalu ditanya: Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad? Jawabnya: Ya Tuhan, alangkah jelek keadaan mereka dan sempit tempat mereka. Lalu bertanya: Apakah mereka meminta apa-apa kepadamu? Jawabnya: Ya, mereka meminta disampaikan salam mereka kepada Muhammad SAW, dan diberitakan kepadanya keadaan mereka. Maka Allah menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad SAW yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih mempunyai empat ribu pintu, tiap pintu dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril:
Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang durhaka dari ummatmu yang masih terseksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka. Maka pergilah Nabi Muhammad SAW ke bawah arsy dan bersujud dan memuji Allah dengan pujian yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhluk pun, sehingga Allah menyuruh nabi: Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberi, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima, maka Nabi Muhammad berkata: Ya Tuhan, orang-orang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafaatku. Allah berfirman: Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke neraka dan keluarkan mereka daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah, maka pergilah Nabi Muhammad SAW ke nerka dan ketika dilihat oleh malaikat Malik segera ia bangkit hormat, lalu ditanya: Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka? Jawabnya: Alangkah jelek keadaan mereka dan sempit tempat mereka, lalu diperintah bukalah pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang neraka itu melihat Nabi Muhammad SAW mereka serentak menjerit: Ya Muhammad, api neraka telah membakar kulit kami, maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka itu ke sungai di muka pintu syurga yang bernama Nahrul hayawan, dan di sana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda gagah elok, bolak matanya, sedang wajah mereka bagaikan bulan, tertulis di atas dahi mereka “aljahannamiyun” atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan Allah. Dari nereka, kemudian mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka. Demikianlah sebagaimana firman Allah:
“Rubamaa yawaddul ladzina kafaruu lau kaanuu muslimin (Pada suatu saat kelak, orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang muslim).”
________________________________________
Sabda Rasulullah SAW:
“Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: Apakah kenal maut? Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: Apakah kenal maut? Lalu mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih di antara syurga dan neraka, lalu diberitahu: Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati. Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan).”
________________________________________
Berkata Abu Hurairah r.a:
“Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat, kerana di belakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang, ditambah pula nyalanya.”
________________________________________
--> Ingat dan saling mengingatilah antara kita akan perkara-perkara seperti ini, kerana sesungguhnya, manusia itu mempunyai sifat pelupa dan kerap kali lupa, sedang Allah tidak pernah lupa. Ketahuilah bahawa seksa Allah itu benar, dan terbesar, seperti yang telah disabdakan Nabi Muhammad SAW.

Wallahu a’lam.

Ringkasan Tanbihul Ghafilin --> Bab 4: Kedashyatan dan Kengerian Hari Kiamat.

posted under by $#@|)Z
Hadis - hadis Nabi Muhammad SAW tentang Hari Kiamat:

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?” Jawab Nabi SAW: “Adapun di tiga tempat (masa) maka tidak akan ingat. Pertamanya, ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat. Keduanya, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf), sehingga ia terima imma dari kanan atau atau dari kiri. Ketiga, ketika keluar dari neraka, ular naga mengepung mereka dan berkata: Aku diserahi tiga macam: Orang yang mempersekutukan Allah dengan lain Tuhan, orang yang kejam, penentang dan zalim. Dan orang yang tidak percaya pada Hari Kiamat. Maka diringkus semua orang-orang yang tersebut lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan di atas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang di kanan kirinya berduri, sedang orang-orang yang berjalan di atasnya ada yang bagaikan kilat, dan ada yang bagaikan angin yang kencang, maka ada yang selamat, dan ada yanng luka terkena duri, dan ada yang terjerumus mukanya ke dalam neraka.”
________________________________________
Sabda Nabi Muhammad SAW: Allah telah berfirman:
“Hai para jin dan manusia, Aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam lembaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan di dalamnya kebaikan, hendaklah mengucapkan: Alhamdulillah, dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang berkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman: Tidakkah Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah menyesatkan umat-umat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya? Inilah neraka jahannam yang telah diancamkan (peringatkan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab kekafiranmu.”
________________________________________
Nafi’ dari Ibn Umar r.a berkata: Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari qiyamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah r.a berkata: Lelaki perempuan berkumpul ya Rasulullah? Jawab Nabi SAW: Ya. Siti Aisyah r.a. berkata: Alangkah malunya, kemaluanku, dapat melihat setengah pada setengahnya. Rasulullah SAW sambil memukul bahu Aisyah bersabda: Wahai putri dari putra Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, orang-orang mengarahkan pandangan mereka ke langit, berdiri selama empat puluh tahun, tidak makan, tidak minim, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis, sampai perut, dan ada yang sampai mulut, kerana lamanya berhenti. Kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsh, lalu Allah menyuruh menyerukan nama Fulan b. Fulan maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar orang itu untuk menhadap Tuhan Rabbul A’alamin. Dan bila telah melihat pada Rabbul A’alamin dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu, kerana pada saat itu tiada pembayaran dengan emas, perak (dinar,dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika telah selesai semua maka diperintah: Kembalilah ke tempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada dhulum (penganiayaan). Sesungguhnya Allah amat segera perhitungannya, juga pembalasannya. Maka pada saat itu, tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau nabi Rasul melainkan merasa bahwa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan dari Allah.”
________________________________________
Dari Mu’adz bin Jabal r.a: Nabi SAW bersabda:
“Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang empat perkara: Umurnya digunakan untuk apa sampai habis, Badannya dalam apa ia rosakkan, Ilmunya dalam apa dipergunakan (apakah diamalkan), dan hartanya dari mana ia dapat dan ke mana ia keluarkan.”
________________________________________
Dari Ibn Mas’ud r.a berkata: Sabda Rasulullah SAW:
“Orang kafir akan tenggelam dalam peluhnya kerana lamanya hari itu sehingga ia berdoa: Ya Tuhan, kasihanilah aku meskipun masuk ke dalam neraka.”
________________________________________
Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada seorang Nabi melainkan ia mempunyai doa yang mustajab, dan semuanya sudah menggunakan doa itu di dunia, sedang saya masih menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagai syafaat bagi ummatku pada hari kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu bukan bangga, dan saya juga yang petama bangkit dari bumi, juga bukan kerana bangga, dan panji Alhamd di tanganku pada hari kiamat yang dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada kiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam a.s dan berkata: Hai Abulbasyar (Ayah dari semua manusia) berikan syafaatmu (bantuanmu) bagi kami dengan minta kepada Tuhan, supaya segera menyelesikan kami ini. Jawab Adam: Itu bukan bahagian saya, saya telah diusir dari syurga kerana dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesuatu keciali diriku sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh a.s kerana ia sebagai Nabi yang pertama. Maka mereka pergi kepada Nuh dan berkata: Tolonglah kami mintakan kepada Tuhan sepaya lekas membebaskan kami. Jawab Nabi Nuh a.s: Bukan bahagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan kini tidak ada yang aku pikirkan kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik pergi kepada Nabi Ibrahim a.s khalilullah. Maka pergilah mereka kepada Nabi Ibrahim a.s dan berkata: Tolonglah kami di sisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami. Jawab Nabi Ibrahim a.s: Itu bukan urusanku, sebab saya telah dusta tiga kali: Rasulullah SAW bersabda: Ketiga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah. Pertama, ketika dia diajak ke upacara kaumnya, lalu ia menyatakan: Sesungguhnya, saya sakit. Kedua, ketika berkata: Bahwa yang merosak berhala-berhala itu hanya inilah yang terbesar. Ketiga, ketika isterinya akan diganggu oleh raja yang zalim, lalu ia berkata: Ini saudaraku. Kerana itu, kini tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s sebagai kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah. Maka mereka langsung pergi kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Tolonglah kami gunakaan syafaatmu untuk menghadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini. Jawab Nabi Musa a.s: Itu bukan urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa hak,dan kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pegi kepada Nabi Isa a.s ruhullah dan kalimatullah, maka segera mereka pergi ke Nabi Isa a.s dan berkata: Berikan jasa dan syafaatmu mintakan kepada Tuhan supaya segera meringankan penderitaan kami ini. Jawabnya: Saya telah diangkat bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, da kini tidak ada sesuatu yag merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang terbungkusdan ditutup, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya? Jawab mereka: Tidak, maka ia berkata:Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi kepadanya. Nabi SAW bersabda: Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab kepada mereka: Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah mengizinkan bagi siapa yang dikehendaki dan diridhainya, maka tinggal sekehendak Allah, kemudian bila Allah hendak menyelesaikan makhluknya, maka ada seruan: Di manakah Muhammad dan ummatnya? Maka kamilah yang terakhir di dunia, dan yang pertama-tama hisabnya pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama ummatku, maka ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara, hampir saja ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju ke pintu syurga dan mengetuknya, lalu ditanya: Siapakah itu? Jawabku Muhammad Rasulullah, lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Tuhan serta memuja muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh seseorangpun sebelumku, kemudian aku diperintah: Angkatlah kepalamu, dan katakan, akan didengar, dan mintalah akan diberikan, dan berikan syafaatmu akan diterima. Maka saya memberikan syafaatku pada orang-orang yang di dalamnya hatinya ada seberat semut (zarah) atau jagung dari iman keyakinan dan di samping syahadat: LAA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.”
________________________________________
Nasihat Ka’bul Ahbar:
“Hai saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat itu dengan amal salih dan menjauhi maksiat, kerana tidak lama kau akan menghadapi hari kiamat dan menyesal terhadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia, ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari kiamatmu, sebagaimana kata Almughirah b. Syu’bah: Kamu menantikan kiamat, padahal kiamatmu ialah saat kematianmu.”
________________________________________
Kata Muqatil b. Sulaiman:
“Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun dan tenggelam dalam peluhnya sendiri, dan seratus tahun dalam kegelapan mereka binggung, sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Allah. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mu’min yang ikhlas bagaikan sesaat. Kerana itu wahai orang yang sihat akal, hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat.”

Valentine’s Day - Its History and Islamic Perspective.

posted under by $#@|)Z

About Valentine’s Day

The festival of love, which they celebrate on February 14 each year, is an expression of what they believed in their pagan religion to be divine love. This festival was invented more than 1700 years ago, at a time when paganism was still prevalent among the Romans. Whilst their state was still idolatrous, they executed Saint Valentine, who had converted to Christianity after having been a pagan. When the Romans converted to Christianity, they made the day of his execution an occasion to celebrate the martyrs of love. This festival is still celebrated in, to declare feelings of friendship and to renew the covenant of love between spouses and lovers. This festival now has great social and economic significance.

It seems that another practice stemmed from the concept of this feast, which is the anniversary celebrated by spouses or friends who love one another, where the couple celebrate the anniversary of their marriage each year, to confirm the love between them. This custom has passed to the Muslims because of their mixing (with the non-Muslims), so that couples celebrate the night of their marriage in a special way in many Muslim countries, imitating the kuffar (kafir). May Allah Ta’ala keep us steadfast on the Deen.


Islamic Perspective

Valentine’s Day has its origin and significance in the sacrifices of a Christian personality. This in itself will quite clearly illustrate to any Muslim with even a bit of Iman how repugnant any involvement or recognition of such a day is and to what extent it goes against the spirit of Islam. It has always been the Christian and Jewish aim to get Muslims to forfeit their identity and take to heart un-Islamic practices, as elaborated in the words of Allah Ta’ala, “The Christians and Jews will never be happy with you until you follow their ways.” (al-Baqarah: 120)

We should avoid anything associated with pagan immoral practices - We do not need to honour or celebrate the death of a Christian "saint" - Islam does not encourage flirting or suggestions of romantic relationships before marriage - Love between families, friends and married people does not need to be celebrated on a day with such un-Islamic origins.

Question: In recent times, celebration of the Valentine Day has spread, particularly among female students. It is a Christian celebration, and it is (manifested) with fully red costumes, clothing and shoes, and exchange of red roses. What is the ruling on celebrating this holiday ?


Answer: Celebrating the Valentine Day is not permissible because:
Firstly, it is an innovated holiday that has no basis in the Shari’ah.
Secondly, it calls to love and passion.
Thirdly, it calls to keeping one's heart busy with nonsense matters which contradict the guidance of the righteous predecessors, may Allah be pleased with them.

So it is not permissible that anything from the signs of that holiday takes place on that day, whether it relates to eating, drinking, clothing, giving gifts, or other than that. It is incumbent upon the Muslim to be proud of his/her religion and that he/she does not blindly follow every crier. May Allah the Exalted protect Muslims from every trial, apparent and hidden, and that He give them protection and guidance. Ameen.

Question
Some people celebrate Valentine’s Day every year by exchanging red roses as gifts. They also dress up in red clothing, and congratulate one another (on this occasion). Some sweet shops produce special sweets - red in colour - and draw hearts upon them. Some shops advertise their goods which are specially related to this day. What is the Islamic view [concerning the following]: Celebrating this day? Buying from these shops on this day? Selling - by shop-owners who are not celebrating - the things which are used as gifts, to those who are celebrating?

Response
The clear evidence from the Quran and Sunnah - and this is agreed upon by consensus (Ijmaa') of the early generations of the Muslim Ummah - indicates that there are only two 'Eeds in Islam (days of celebration): 'Eed al-Fitr (after the fast of Ramadhaan) and 'Eed al-Adhaa (after the standing at 'Arafah for pilgrimage).

Every other 'Eed - whether it is to do with a person, group, incident or any other occasion - is an innovated 'Eed. It is not permissible for the Muslim people to participate in it, approve of it, make any show of happiness on its occasion, or assist in it in any way - since this will be transgressing the bounds of Allah: " ...and whoever transgresses the bounds of Allah, he has wronged his own self," [Soorah at-Talaaq, Aayah 1]

If we add to this fabricated 'Eed the fact that it is one of the 'Eeds of the disbelievers, it is sin upon sin. This is because it is Tashabbuh (imitation) of the disbelievers, and a type of Muwaalaat (loyalty) to them. And Allah has prohibited the believers from imitation of them and having love or loyalty for them in His Mighty Book (Quran). It is also confirmed from the Prophet (p.b.u.h) that he said: “He who will imitate a nation will be raised up among them on the Day of Qiyaamat. [Mishkaat]


'Eed al-Hubb (the celebration of Valentine's Day) comes under the category of what has been mentioned here, since it is one of the pagan Christian holidays. Hence it is not permissible for any Muslim, who believes in Allah and the Last Day, to participate in it, approve of it, or congratulate (anyone on that occasion). On the contrary, it is obligatory to abandon it and stay far away from it - in response to Allah and His Messenger, and to distance oneself from the anger of Allah and His punishment.

Additionally, it is forbidden for a Muslim to assist or help in this Valentine's Day, or any other of the forbidden/illegal celebrations in any way whatsoever - whether by food or drink, selling or buying, production, gift-giving, correspondence, announcements, etc. All of these things are considered as co-operating in sin and transgression and disobedience of Allah and His Messenger. Allah, the Glorious and Most High, says:
"... and co-operate with one another in righteousness and piety, and do not co-operate in sin and transgression. And fear Allah! Verily Allah is severe in punishment," [Soorah al-Maidah, Aayah 2]

Likewise, it is obligatory for every Muslim to adhere strictly to the Qur'aan and Sunnah in every situation - especially in times of temptations and corruption. It is incumbent that he/she understand, be aware and be cautioned from falling into the deviations of those whom Allah is angry with and those who are astray and the immoral people who have no fear of punishment - nor hope of reward - from Allah, and who give no attention at all to Islam.

Once again,

May Allah Ta’ala keep us steadfast on the Deen.


To conclude, let me finish with a poem:


Satan’s Poem to a Muslim

Roses are red;
Violets are blue;

Hand out your Valentines cards;
And I’ll try get you in Hellfire too!

Bibliography:

  • Composed by:
o Shadz.

Ringkasan Tanbihul Ghafilin --> Bab 3: Siksa Kubur dan Kedashyatannya.

posted under by $#@|)Z

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya seorang mu’min jika akan meniggalkan dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya Malaikat yang putih - putih wajahnya begaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di hadapannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malakulmaut dan duduk di dekat kepalanya dan memanggil: Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunanan Allah dan ridhanya. Nabi SAW bersabda lagi: Maka keluar rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut bekas tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan Malaikat melainkan ditanya: Roh siapakah yang harum ini? Dijawab: Roh Fulan b. Fulan sehingga sampai ke langit, dan di sana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrabun dibawa naik ke langit di atas hingga sampai ke langit ketujuh. Maka Allah berfirman: Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia ke bumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada sa’atnya. Maka kembalilah roh ke jasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk menanya: Siapakah tuhanmu? Maka dijawab: Allah tuhanku. Lalu ditanya: Apakah agamamu? Dijawab: Agamaku Islam. Ditanya: Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutus di tengah-tengah kamu itu? Dijawab: Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya. Maka terdengar suara: Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untukknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau dan hawa syurga, lalu diluaskan kubur sepanjang pandangan mata kemudian datang padanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Lalu ditanya: Siapakah kau? Jawabnya: Saya amalmu yang baik. Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakanlah hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.”

Rasulullah SAW bersabda lagi:

“Adapun hamba yang kafir jika akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk di mukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang malakulmaut dan duduk di samping kepalanya, lalu berkata: Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah, maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan otonya, lalu diterimanya dan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui Malaikat melainkan ditanya: Roh siapakah yang jahat dan busuk itu? Dijawab: Ruh Fulan b. Fulan dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai ke langit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. (Kemudian Nabi SAW membawa ayat yang bermaksud: Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum). Kemudian diperintahkah: Tulislah orang itu dalam sijjin, kemudian dilemparkan rohnya begitu sahaja sebagaimana ayat yang bermaksud: (Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit, lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin ke dalam jurang yang curam.) Kemudian dikembalikan roh itu ke dalam jasad di dalam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu menanya: Siapa tuhanmu? Jawabnya: Saya tidak tahu. Lalu ditanya: Apakah agamamu? Jawabnya: Saya tidak tahu. Lau ditanya: Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutus di tengah-tengah kamu itu? Jawabnya: Saya tidak tahu. Maka, terdengar suara seruan dari langit: Dusta hambaku. Hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka. Maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang hodoh wajahnya dan busuk baunya berkata kepadanya: Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu. Inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu. Lalu ia bertanya: Siapakah kau? Jawabnya: Aku amalmu yang jelek. Lalu ia berkata: Ya Tuhan, jangan percepatkan hari kiamat, ya Tuhan, jangan percepatkan hari kiamat.”


Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang, tidak hirau dalam bacaan al-Quran, berkata keji waktu puasa, dan tertawa di kubur.”


Firman Allah SWT:

“Dan siapa yang mengabaikan peringatanku (ajaranku), maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur).”


Abu Hurairah r. A berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tiada seorang yang mati melainkan ia mendengkur yang didengar oleh semua binatang kecuali manusia, dan andaikata ia mendengar pasti pengsan, dan bila dihantar ke kubur, maka jika soleh(baik) berkata: Segerakanlah aku, andaikan kamu mengetahui apa yang didepanku daripada kebaikan nescaya kamu akan menyegerakan aku. Dan bila ia tidak soleh maka berkata: Jangan disegerakan, andaikan kamu mengetahui apa yang didepanku daripada bahaya nescaya kamu tidak akan terburu-buru. Kemudian, jika telah ditanam dalam kubur, didatangi oleh 2 malaikat yang hitam kebiru-biruan datang dari arah kepalanya, maka ditolak oleh sembahyangnya: Tidak boleh dari arah kepalanya sebab adakalanya ia semalam tidak tidur kerana takut dari saat yang seperti ini. Lalu didatangi dari bawah kakinya, maka ditolak oleh baktinya pada kedua orang tuanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa berjalan tegak kerana takut dari saat yang seperti ini. Lalu didatangi pula dari arah kanannya, maka ditolak oleh sedekahnya: Tidak boleh datang dari arahku, kerana ia biasa bersedekah kerana takut dari saat yang seperti ini. Lalu didatangi dari arah kiri, maka ditolak oleh puasanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa lapar dan haus kerana takut dari saat yang seperti ini. Lalu ia dibangunkan seperti dibangunkan daripada tidur, lalu ia ditanya: Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa ajaran kepadamu itu? Ia tanya: Siapakah itu? Dijawab: Nabi Muhammad SAW? Maka dijawab: Saya bersaksi bahawa ia utusan Allah. Lalu berkata kedua Malaikat itu: Engkau hidup sebagai orang mu’min, dan mati juga mu’min. Lalu diluaskan kuburnya, dan dibukakan baginya segala kehormatan yang dikurniakan Allah kepadanya.”


Semoga Allah memberi kita taufiq dan memelihara serta menghindarkan kita daripada hawa nafsu yang menyesatkan, dan menyelamatkan kita dari siksa kubur. Amin...

top