Ringkasan Tanbihul Ghafilin --> Bab 1: Ikhlas

posted under by $#@|)Z
Muhammad b. Labeid berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil. Lalu seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah syirik yang kecil itu? Jawab baginda: Riya’. Pada hari pembalasan kelak, Allah akan berkata pada mereka: Pergilah kamu kepada orang - orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia. Lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka.”

Penjelasan:

--> Riya’ ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji orang. Allah tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepadaNya.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Allah telah berfirman:

“Akulah yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan pada yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu.”


Perkara ini juga telah disebut dalam ayat 18 surah al - Israa’:

“Barang siapa yang menginginkan kehidupan dunia, maka Kami segerakan baginya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan untuknya neraka jahannam, lalu dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir (18). Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang akan dibalas dengan baik (19).

(al - Israa’ : 18 - 19)

Seorang Hakim berkata: Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan perbuatan kebaikannya sebagaimana menyembunyikan perbuatan kejahatannya.

Pendapat yang lain: Puncak ikhlas itu ialah tidak ingin pujian orang.


Sepatah dua kata?

- Berusahalah untuk menjauhi riya’ kerana ia perosak ibadat.
- Beribadat ikhlas hanya kerana Allah.
- Berdoalah kepada Allah agar ibadat kita tidak dicemari riya’
- Janganlah tidak beribadat kerana takut akan menjadi riya’ tetapi beribadatlah dan minta pengampunan daripada Allah sekiranya khuatir ibadat telah dicemari riya’ dan teruskan berusaha untuk mensucikan ibadat daripada sifat riya’. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Peringatan² lain:


Rasulullah SAW bersabda:

“Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu kambing, lidah mereka lebih manis dari madu, sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: Apakah terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung.”


Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat, dan barang siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.”

0 comments

Make A Comment
top