Sejarah dan Fadhilat Hari Asyura

posted under by $#@|)Z

Hari Asyura jatuh pada tanggal 10 Muharram. Bagi tahun ini, ia akan jatuh pada tanggal 10 Muharram 1427 bersamaan dengan Isnin, 29 Januari 2007. Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah kepada umat Islam kerana telah terjadinya beberapa perkara yang penting pada hari tersebut. Antaranya ialah:

  • Taubat Nabi Adam as. diterima Allah.
  • Bahtera Nabi Nuh as. diselamatkan oleh Allah dan selamat berlabuh.
  • Allah menyejukkan api yang membakar Nabi Ibrahim as. setelah Firaun Nimrud berkehendak untuk membakar Nabi Ibrahim as.
  • Nabi Musa as. membelah laut dengan tongkatnya dan firaun telah ditenggelamkan.
  • Penglihatan Nabi Ya’kub as. dipulihkan.
  • Penyakit Nabi Ayyub dipulihkan.
  • Empayar Nabi Sulaiman as. menjadi gemilang.
  • Nabi Isa as. diangkat ke langit.
  • Dan lain-lain lagi…

Fadhilatnya:

Kita disunatkan berpuasa sebaik-baiknya pada 9 dan 10 Muharram. Walau bagaimanapun, puasa pada 10 Muharram sahaja dianggap memadai.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang mahu berpuasa pada Hari Asyura maka berpuasalah, dan barang siapa yang tidak mahu, maka boleh meninggalkannya.”

(Mutafaq A’laih)

Kelebihannya:

Sabda Rasulullah SAW:

“Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa 2 tahun, iaitu tahun yang lepas dan akan datang, dan puasa pada Hari Asyura menghapuskan dosa setahun yang lalu.”

(Hadis riwayat semua kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Niat puasa Asyura adalah seperti berikut:

“Aku berpuasa sunat Hari Asyura esok hari kerana Allah Taala.”




Bibliografi:

0 comments

Make A Comment
top